All Junior Engineer Association
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
All Junior Engineer Association

Lets discuss Everything here

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» skang smua dah meninggalkan MISC dah
Pilihanraya Permatang Pauh - Anwar Ke Putrajaya...Update Di sini EmptyTue Nov 20 2012, 15:08 by afarhan

» http:// and https://
Pilihanraya Permatang Pauh - Anwar Ke Putrajaya...Update Di sini EmptyWed Nov 19 2008, 10:51 by Hang Hebat

» Warning...Tsunami
Pilihanraya Permatang Pauh - Anwar Ke Putrajaya...Update Di sini EmptyWed Nov 19 2008, 08:49 by Hang Hebat

» Focus on Problems vs. Focus on Solution
Pilihanraya Permatang Pauh - Anwar Ke Putrajaya...Update Di sini EmptyTue Nov 18 2008, 16:07 by Hang Hebat

» Beauty of Mathematics.
Pilihanraya Permatang Pauh - Anwar Ke Putrajaya...Update Di sini EmptyTue Nov 18 2008, 13:59 by Hang Hebat

» AGE OF A WOMAN (Just for a laugh.....)
Pilihanraya Permatang Pauh - Anwar Ke Putrajaya...Update Di sini EmptyTue Nov 18 2008, 12:29 by Hang Hebat

» Speed Trap Spot
Pilihanraya Permatang Pauh - Anwar Ke Putrajaya...Update Di sini EmptyTue Sep 30 2008, 00:00 by Rafael Diago

» Open the windows after you enter your car
Pilihanraya Permatang Pauh - Anwar Ke Putrajaya...Update Di sini EmptyTue Sep 23 2008, 10:16 by Hang Hebat

» Marriage life before & after!!!
Pilihanraya Permatang Pauh - Anwar Ke Putrajaya...Update Di sini EmptyFri Sep 12 2008, 17:47 by Rafael Diago

Affiliates
free forum
 


RSS feeds



You are not connected. Please login or register

Pilihanraya Permatang Pauh - Anwar Ke Putrajaya...Update Di sini

Go down  Message [Page 1 of 1]

zameer

zameer
Moderator
Moderator

Ramlang Porigi - Saya Orang PAS
Dilulus terbit pada Monday, August 25 @ 07:57:15 MYT oleh greenboc


Oleh ulitmayang

"
Pertama, “….beliau telah diarahkan hadir....“.
Kedua , “.....menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu…..”.
Ketiga, “....enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian......“.
Keempat , “.....beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.....“ . Kelima, “....."Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".....“.
Keenam, “....Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu"....“.
Ketujuh, ....."Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah,".....“

Ulasan

Daripada petikan dari berita di bawah mengikut cerita dia [ sekiranya cerita ini betul2 betul ] , dia jadi ahli umno , kerana “SEBAB – SEBAB TERTENTU“ .

Saya rasa dan percaya , serta mengikut syak di hati ini , Tuan Imam Ramlang Porigi adalah orang PAS atau PKR

i]
Mengikut kenyataannya , beliau diarahkan hadhir pada masa sumpah laknat saiful

Maknanya , dia tidak terlibat dalam perancangan awal.
Tiba- tiba saja dikehendaki hadhir.
Itu saja
Kalau dah ada perancangan awal & dia terlibat daripada awal2 nya lagi , kesilapan2 , ketidakpatuhan kepada kaedah , peraturan , dan syarat2 sumpah , tidak akan terjadi, tetapi ianya sudah beraku

ii]
Tindakan beliau “MENEGUR” kesilapan saiful , sedikit sebanyak menunjukkan beliau masih menjaga agamanya , imamnya dan kepercayaannya.

Ianya berlaku secara ‘nature’ , bersahaja , dan kebetulan saja

kalau lah ia terlibat , & sama2 merancang , kesilapan itu tidak perlu lah dan tidak akan ditegur
Dengan menegur telah menampakkan beliau tidak bersetuju dengan “kesilapan’ tersebut.

Kalau kesilapan sebutan ditegur , dalam keadaan majlis tersebut dirakam dan disiarkan oleh TV , menunjukkan adanya keikhlasan di hati nya , bagi menjaga adab , tertib dan kaedah sumpah , walaupun skrip asal arahan „“orang – orang“ tetentu tidak ada ditangan nya.

iii]
Kalau lah , yang hadhir pada hari tersebut adalah Datuk Firdaus Ismail ,atau Dr Masitah Ibrahim , maka sekiranya kesilapan itu berlaku seperti mana yang telah terjadi , maka ianya akan dibiarkan begitu sahaja , kerana ianya dikhuatiri akan merosakkan perancangan jahat tesebut.

Bagi mereka ini , apa perlunya menjaga agama ?
Biar agama hancur , jangan komplot dan majlis ini cacat.
Sebab itu dikatakan melacur dihalalkan sekiranya darurat.

Pengajaran
Sebenarnya , cerita ni banyak berlaku di kalangan kontraktor - kontraktor , yang terpaksa isi borang ahli umno, untuk cari makan , kalau tidak soruuuuuuu projek.


Begitu juga dengan banyak lagi golongan manusia di Malaysia ini , yang terpaksa „“MENJADI“ ahli umno , demi untuk kelangsungan hidup , seperti penjawat awam yang mula kerja , juga ada semasa temuduga disyaratkan menjadi ahli umno , begitu juga semasa naik pangkat , juga di kalangan penerima subsidi kerajaan , seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat , Amanah Ikhtiar , dan lain – lain .

Bahkan untuk mendapatkan pinjaman bank , juga disyaratkan menjadi ahli umno. Kalau tak percaya , cuba lah sendiri.

Betul ke ahli umno 3.3 juta orang ? Sebaik saja Putrajaya berjaya diambil alih , insyaallah , bilangan atau angka ini akan merudum , mungkin tinggal setakat 300 hingga 500 ribu orang sahaja.

Tak Percaya Ke ?
Sebenarnya dalam umno sekarang ini , angka 3.3 juta itu , bukan lah satu angka yang betul2 “ahli“ sebenarnyaIanya termasuklah orang – orang yang terpaksa mengisi borang ahli seperti Tuan Imam Ramlang Porigi , kontraktor – kontraktor yang nak cari makan , pelajar – pelajar yang terpaksa isi borang kerana pinjaman PTPTN , penerima bulanan kebajikan masyarakat , penjawat – penjawat awam , dan lain – lain .

Jatuhnya putrajaya , maka hilang lah trauma dan UMNOPHOBIA di kalangan orang- orang dan golongan tadi.

Tidak mustahil , mereka – mereka ini akan bertindak nekad , menjadi berani , dengan mengisytiharkan keluar umno secara beramai – ramai dan mengisi borang keahlian PAS atau PKR.

Sekiranya ini yang berlaku , umno tidak boleh lagi mendabik dada , kononnya parti mereka yang terbesar di dunia .

Yang tinggal nanti , mungkin KJ dah jadi Ketua Pemuda umno.

Mana tau , dengan keahlian tinggal hanya sekitar 300 hingga 500 ribu saja, masa tu keahlian juga dibuka kepada „“ORAN UTAN“ kat Sabah.
Idea gila KJ , biasanya Pak Mertua dia tak bantah.

Dah tak de cara lain untuk tambah ahli , apa saja asal kan angka tu tinggi.

Peringatan
i]. Topeng_Perak , harus [ malah mungkin wajib ] mintak maaf dengan Tuan Imam Ramlang Porigi , kerana telah menerbitkan artikel paling awal tentangnya.

ii] Rakyat Malaysia juga harua [ malah mungkin wajib ] mintak maaf dengan Tuan Imam Ramlang Porigi , kerana dah banyak mengutuk dan menghinanya

iii] Samada Topeng_Perak atau Tuan Imam Ramlang Porigi , yang benar dalam hal ini , hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

iv] Itu lah , lain kali maklumat tu kena betul – betul disahkan betul , baru siarkan. Usul dan periksa dulu maklumat. Selidik betul – betul latarbelakang kejadian adalah betul. .


Nota
Kalau tengok betul – betul muka Tuan Imam ni , macam orang kita je.

Untuk tidak bersangka buruk , saya rasa dia ni orang PAS or PKR tapi ahli UMNO [ sebab isi borang umno kerana sebab – sebab tertentu]

Kadang – kadang tu kesian jugak kat dia , kita dah hentam dia kiri kanan , belakang depan , atas bawah.

Cerita yang betul [ mengikut Tuan Imam Ramlang Porigi ] adalah seperti dibawah.


Imam diarah hadir sumpah Saiful

Jimadie Shah Othman | Aug 21, 08 6:10pm Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian.

Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.

Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emel yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

'Memang ahli Umno'

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Ramlang juga mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu".

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

"Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Tiada kaitan

Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005.

Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: "Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)".

Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.

Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam.

http://profiles.friendster.com/wanzameer

zameer

zameer
Moderator
Moderator

Muncul kempen Anwar, imam saksi sumpah Saiful dakwa tidak sah
25-08-2008 05:13:52 AM
Oleh G. MANIMARAN


MOHD. Saiful Bukhari Azlan bersalam dengan Ustaz Ramlang Porigi selepas menyempurnakan upacara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu.


RAMLANG Porigi membuat pengakuan kira-kira enam minit pada ceramah kempen pilihan raya anjuran Pakatan Rakyat di Padang Ibu, Penanti, Permatang Pauh malam tadi.

(Dikemas kini) PERMATANG PAUH: Dilihat sebagai satu lagi kejutan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lalu, Ustaz Ramlang Porigi muncul di Masjid Perda di sini malam tadi, yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan membuat pengakuan sumpah itu tidak sah.

Imam itu membuat pengakuan yang dia telah 'dipaksa' menjadi saksi dan mubahalah dibuat Saiful tidak sah.

Turut hadir di masjid tersebut ketika itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, yang awal-awal lagi telah menegaskan cara Saiful bersumpah adalah salah.

Ramlang berbuat demikian selepas solat maghrib - salah satu acara Anwar pada hari kesembilan berkempen.

Esok ialah hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Saiful membuat sumpah sehari sebelum hari penamaan calon di Masjid Wilayah Persekutuan.

Ini merupakan kali pertama Ramlang muncul di khalayak ramai selepas menjadi saksi sumpah laknat Saiful.

Selain di Masjid Perda, Ramlang juga menjelaskan pendiriannya dalam ceramah kempen Anwar, calon Pakatan Rakyat, di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan kemudian di Padang Ibu, Penanti.

Dalam kenyataan di hadapan kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat di Padang Ibu pada pukul 11.15 malam Ramlang berkata, "pada hari itu (15 Ogos) saya... saya diarahkan oleh orang atasan saya untuk menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari, saya antara empat orang imam yang diarahkan untuk menjadi saksi."

"Sumpah itu bukan saya yang aturkan, teksnya disediakan oleh peguamnya atau mungkin ada orang lain yang buat itu," katanya dalam kenyataan kira-kira enam minit.

Ramlang yang muncul dalam pakaian biasa malam tadi, bukannya berpakaian sebagai seorang imam secara berseloroh berkata, beliau kelihatan kemas pada 15 Ogos kerana baru sahaja habis menyempurnakan majlis nikah satu pasangan di Masjid Wilayah Persekutuan.

Tambah beliau: "Apabila dia (Saiful) membacakan teks, dia seolah-olah tidak merasa bersalah.

"Kalau kita seorang Islam yang beriman, kalau kita nak bersumpah ini, kita akan takut apa akan terjadi... tetapi kerana teks ucapan yang dibacakan itu, dia tak rasa bersalah."

Katanya lagi, disebabkan teks itu disediakan dalam tulisan rumi, maka sebutan adalah salah dan tarikh perbuatan dia diliwat juga salah.

"Sepatutnya dia sebut 26 Jun, tetapi dia sebut 28 Ogos," katanya yang menegaskan dirinya seorang imam, bukan bilal.

"Saya rasa para pengundi di Permatang Pauh, mungkin ada yang mengenali saya. Jadi, saya berharap jangan saya dipersalahkan... boleh tak," katanya lagi.

Selepas kenyataan itu Ramlang terus dibawa keluar dari tempat ceramah dan diberikan perlindungan oleh Pakatan Rakyat demi keselamatannya.

Dimaklumkan bahawa imam itu akan mengadakan sidang media kira-kira 12.30 tengah malam di Yayasan Aman tetapi bekas Timbalan Perdana Menter itu tidak sertai bersama.

mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak pukul 4 petang semalam.

Sementara ketika ditanya mengapa bertindak membuat pengakuan mengejutkan, Ramlang berkata, beliau berhadapan dengan tekanan ekoran pelbagai melemparkan macam-macam tuduhan yang tidak sepatutnya diterima oleh seorang imam.

"Saya mendapati tiada siapa yang tampil mempertahankan diri saya," katanya.

"Saya dikatakan kurang ajar. Adakah patut saya dicaci," tambah Ramlang pada sidang media yang dihadiri beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Yayasan Aman di sini.

Ketika sidang media Anwar baru tiba di Yayasan Aman dan bermesyuarat di tingkat satu pejabat yayasan itu.

Menafikan menerima sebarang ganjaran daripada Pakatan Rakyat, Ramlang berkata, beliau bersedia untuk menerima apa juga tindakan - daripada kerajaan dan Umno - selepas ini.

Katanya, beliau masih merupakan kakitangan kerajaan dan akan terus berkhidmat sebagai imam jika tidak dipecat.

Beliau menyerahkan kepada Umno untuk mengambil tindakan ke atasnya. Beliau menjadi ahli Umno sekitar tahun 2003.

"Boleh katakan saya ahli Umno... saya cuma menjadi ahli Umno kerana hendak tolong kawan," katanya yang akan keluar mengundi esok kerana ia hak beliau untuk berbuat demikian.

"Saya tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak... PKR sendiri yang jemput untuk (saya) membuat pengakuan," katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali pula berkata, imam berkenaan sendiri yang menghubungi pihaknya memaklumkan bahawa mahu membuat pengakuan mengenai isu tersebut.

"Kami hanya dihubungi beliau (Ramlang) petang ini dan kami setuju," katanya.

Empat hari lalu beliau mengesahkan kepada mStar Online bahawa beliau merupakan ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843.

Ketika dihubungi mStar Online, Ramlang berkata, beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.

Beliau tidak menafikan dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar dan pengundi di Permatang Pauh.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Risalah yang diedarkan menyebut beliau bukan merupakan imam sebaliknya hanya bilal.

Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."

http://profiles.friendster.com/wanzameer

zameer

zameer
Moderator
Moderator

Reaksi Terhadap Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan Menyanggah Baharom Mahusin
Dilulus terbit pada Monday, August 25 @ 07:46:07 MYT oleh greenboc


Oleh proklamator

"
Dalam Mingguan Malaysia, 24 Ogos 2008, Dr Mohd Asri menulis dalam kolumnya, Pena Mufti, dengan tajuknya, “Permatang Pauh, Islam Makin Jauh”. Baharom Mahusin pula memuatkan analisisnya bertajuk “Berkubur di Kubu Sendiri”. Pada hemat saya, kedua-dua tulisan ini merupakan bahan propaganda BN dalam siri kempen menentang DSAI dalam PRK P44. Kedua-dua tulisan ini perlu diulas kerana ternyata fokus tulisan ini ditujukan kepada pengundi-pengundi di Permatang Pauh (PP), khususnya kepada simpatisan dan pengundi atas pagar. Hasrat tersembunyi kedua-dua penulis ini ialah untuk merasionalisasikan dan meneutralkan kedua-dua golongan pengundi ini yang menjadi penentu siapa yang akan menang nanti.


Kita tahu kedudukan dan ilmu Dr Mohd Asri, namun kolumnya kali ini perlu diberi reaksi kerana jelas beliau cuba menghantar isyarat dan mesej yang boleh mengelirukan pengundi. Saya faham akan niat beliau supaya pengundi-pengundi memilih calon dalam PRK P44 bukan berdasarkan emosi dan taksub kepada parti tetapi kepada calon yang boleh membawa kebaikan kepada umat Islam, “demi masa depan umat Islam”.

Saya rumuskan, Dr Mohd Asri begitu keliru, siapa yang akan diundinya, “barangkali, memilih calon pada musim ini amat meragukan, maka beristikharahlah”.

Beliau keliru kerana:

1. Kempen kedua-dua pihak yang bagi beliau tidak berakhlak, tidak mengikut akhlak Islam.

2. Bagi Dr Mohd Asri kedua-dua kempen di PP digerakkan atas dasar dendam kesumat dan fitnah.

3. Di pentas kempen itu terdiri pelakon-pelakon yang mungkin mengadaikan amanah.

4. Kempen-kempen ini didorong oleh “kerusi dan kuasa”.

5. Bagi beliau, kedua-dua pihak BN dan PKR adalah rakus dan ego.

Reaksi dan sedikit komen:

1. Saya ingin bertanya, siapakah yang membudayakan politik adu domba, politik fitnah, politik wang dan rasuah, yang menggunakan seluruh jentera kerajaan dalam kempennya, menggunakan SPR tanpa lunas undang-undang.

2. Pertanyaan lagi, siapakah yang menjunjung semangat demokrasi? Adakah wujud suasana pilihanraya yang penuh demokratik?

3. Siapakah yang memperkotak-katikkan Islam?

Dalam suasana begini, apakah dapat kita harapkan berlaku suatu perjalanan pilihanraya yang bersih, bermoral dan berakhlak. Bolehkah kita persalahkan orang yang dituduh dan diaibkan bertindak mempertahan maruahnya?

Ketika kita didesak dan diasak, dan diaibkan sedemikian rupa serta dituduh tanpa asas dan bukti yang kukuh, apakah tindakan terbaik selain bertawakal kepada Allah s.w.t? Prinsip bertindak dalam misi “amar makruh nahi munkar” pada hemat saya yang cetek ilmu ini terpakai di sini. Jika tidak, kita digelar dayus!

Gelanggang politik adalah gelanggang perang dan tempur, bukan gelanggang debat ilmiah, atau arena mempertahan tesis.

Cuba teliti dengan hati yang jernih, dan ikuti perkembangan kempen di PP secara dekat, dan kalau boleh hadir ke lokasi, bukan melihat dari jauh, dari kamar bacaan! Isunya ialah jika sesuatu pihak masuk ke gelanggang kempen dengan penuh tawaduk dan memperjelas dasar-dasar secara tertib dan ilmiah, saya yakin, kempen ini akan berakhlak. Cuba teliti ceramah-ceramah PAS, PKR, DAP, 95% adalah tentang perubahan-perubahan dan dasar-dasar yang ingin “dijual” kepada rakyat – “menjadi pemimpin Melayu-Islam terbaik, mengangkat martabat, menunaikan hak-hak bukan Melayu sejauh dibenar dalam Perlembagaan”, sudah tentu asas dan prinsipnya ialah ISLAM.

Saya kira Dr Mohd Asri masih terkilan dengan keengganan DSAI bermubahalah. Baginya, Saiful telah melakukannya maka DSAI mesti melakukan sama. Pada saya, pendapat tokoh-tokoh ulamak yang pakar tentang perundangan Islam perlu diambil kira. Dr Mohd Asri harus bersikap terbuka, dan meneliti pendapat ulamak-ulamak lain yang tidak sehaluan dengannya.

Akhirnya, apabila dianalisis perkembangan budaya hidup dan budaya politik di Malaysia, yang terasnya UMNO, sejak 50 tahun, adakah hidup secara individu, hidup bermasyarakat, dan hidup bernegara berada pada landasan moral dan akhlak (baca: Islam). Saya rasa Dr Mohd Asri tahu jawapannya. Maka, apakah kita reda dengan keadaan itu? Kini, terdapat tawaran daripada pihak lain untuk memperbaiki keadaan itu, dan pihak ini pula lebih cenderung kepada pendekatan Islam, maka apakah sikap kita?

Tentang tulisan Baharom pula, pada saya, dari tajuknya, kita dapat mengesan tujuan, motif, dan mesej yang ingin disampaikannya kepada khalayak pengundi di PP.

Saya perturunkan, kesimpulannya:

“Jika mereka memilih Anwar Anwar sebagai Ahli Parlimen PP, orang Melayu di PP dan di luar PP harus bersedia memakai perisai untuk menghadapi pertempuran politik seterusnya – satu senario yang tentunya disukai oleh kawan-kawan Anwar dalam sesetengah parti cauvinis yang anti ketuanan Melayu. Dengan perisai itulah, yang memberatkan perjalanan mereka, orang Melayu bakal menghadapi perang saudara dalam politik yang terus dicirikan dengan kebencian, pertelingkahan yang tidak produktif dan mungkin juga anarkisme.”

Komen dan sanggahan:

1. Baharom ialah editor kanan Utusan Malaysia. Rumusannya jelas menggambarkan polisi akhbar ini terhadap DSAI dan PR.

2. Rumusan Baharom ini jelas membuktikan betapa beliau gagal sama sekali menyelami asas dorongan tsunami politik PRU12.

3. Betapa memperjelas sikap, falsafah dan motivasi yang sedang dihayati oleh tuannya, BN dan UMNO. Rumusan ini memperjelas sikap prejudis dan cauvanis BN dan UMNO – mendedahkan pekung di dada sendiri.

4. Rumusan beliau juga mendedahkan betapa Baharom memperbodoh pengundi PP dan rakyat Malaysia.

Kepada saudara Baharom, rakyat Malaysia kini sebagai akibat daripada pendidikan, kelas menengah Melayu dan bukan Melayu telah jauh berkembang. Maklumat di hujung jari mereka. Mereka sedar dan faham Perlembagaan Malaysia, kedudukan agama Islam, Hak-hak Istimewa orang Melayu, Budaya Melayu, Bahasa Melayu, dan Hak-hak bukan Melayu.

Siapakah yang sesungguhnya menodai Hak-hak Istimewa orang Melayu, menodai peluang-peluang pendidikan orang Melayu, siapakah yang sewenangnya menggantikan biasiswa untuk orang Melayu dengan pinjaman, siapakah yang menodai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar pendidikan, siapakah yang menodai semangat DEB? Adakah PAS, adakah PKR, atau DAP? Siapakah yang menganggap bantuan kehidupan kepada rakyat sebagai subsidi, tetapi pada masa sama mensedekah berbilion ringgit kepada kroni? Dan banyak lagi senarai ....

Begitu cetek dan bodohkah orang Melayu dan bukan Melayu untuk menyokong parti yang semata-mata akan membawa penderitaan kepada mereka? Adakah mereka begitu naif untuk menilai?


Ruzis,
http://helangjagat.blogspot.com"

http://profiles.friendster.com/wanzameer

zameer

zameer
Moderator
Moderator

Imam saksi sumpah Saiful kempen untuk AnwarDilulus terbit pada Monday, August 25 @ 00:16:32 MYT oleh greenboc


Oleh muhandis_islam

"
PERMATANG PAUH: Imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ustaz Ramlang Porigi di lihat berkempen bersama-sama calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Perda sebentar tadi.

Ceramah yang diadakan di masjid itu turut dihadiri oleh Anwar.

Mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak jam 4 petang tadi.


Beliau dijadualkan akan mengaku serta menerangkan mengenai upacara sumpah yang disaksikannya minggu lalu.

Difahamkan beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya.

Selepas itu, beliau akan ke Padang Ibu Penanti.

Turut sama beliau dalam ceramahnya adalah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam ceramahnya sebentar tadi, imam tersebut mengaku prosedur upacara sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful adalah salah.

Jelasnya, beliau telah diarahkan oleh untuk menjadi saksi pada majlis tersebut.

Ini merupakan kali pertama beliau muncul dikhalayak ramai selepas kali terakhir beliau dilihat menjadi saksi sumpah laknat Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan pada15 Ogos lalu.

Beliau menjadi kontroversi apabila timbulnya risalah edaran yang mempertikaikannya sebagai ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843 disebarkan dengan meluas ketika ini.

Risalah itu menyebut beliau merupakan ahli Umno Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam.

Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.

Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.

"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."

Ketika dihubungi mStar Online tiga hari yang lalu, Ramlang berkata beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.

Beliau tidak menafikan bahawa dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar sebagai seorang pegundi di Permatang Pauh.

"Ya, saya ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di bawah Parlimen Permatang Pauh," katanya.


"

http://profiles.friendster.com/wanzameer

zameer

zameer
Moderator
Moderator

Debaran Semakin Kencang Menanti 26 Ogos...
Dilulus terbit pada Monday, August 25 @ 07:33:59 MYT oleh greenboc


Oleh edyesdotcom

"

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi masa untuk berkempen akan ditamatkan. Hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum pengundian bermula se-awal 8pagi pada hari selasa. Bersediakah anda menghadapinya? Debaran menunggu detik 7 malam hari Selasa 26 Ogos. Tarikh yang juga didakwa saiful bakal diliwat oleh DSAI dalam sumpah laghnatnya. Tersasul dalam keadaan muka yang pucat, kita semua nampak dengan jelas.





Saya ulang, debaran menunggu detik 7 malam hari Selasa 26 ogos. Mungkin mereka yang berada di P.Pauh akan mengetahui keputusan lebih awal. Kami di K.Lumpur akan menunggu berita baik dari sana. InsyaAllah.

Bagi yang akan balik ke P.Pauh untuk mengundi, pastikan tiket bas telah dibeli manakala bagi yang driving pula, sila pastikan kondisi kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik. Satu undi sangat beharga di sini kerana itulah majoriti nya.

Benarlah seperti yang diperkatakan bahawa di mana-mana pilihanraya kecil sekalipun, kelebihan yang begitu ketara berpihak kepada kerajaan. Langkah DSAI untuk bertanding di kubunya yang paling kuat adalah satu langkah terbaik. Jika DSAI bertanding di kawasan lain contohnya di Kulim dengan 5ribu majoriti atau di Bandar Tun Razak dengan 3ribu majoriti, sudah tentu kerja Barisan Nasional akan jauh lebih mudah untuk menterbalikkan beberapa ribu umat.

Seperti yang kita sedia maklum, Barisan Nasional menggunakan seluruh kekuatan yang ada pada partai itu bagi melawan tsunami gelombang ke-dua. Kini mereka lebih berhati-hati dan sangat cekal dalam melaksanakan pelbagai agenda jahat. Satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Termasuk juga duta Malaysia di Monggolia, mereka 'all-out' memberi tentangan habis-habisan. TV3 pula memainkan peranan dengan baik sekali, begitu juga dengan BPR.

Apa yang dipertahankan oleh juak-juak ini? Jika Malaysia yang dipertahankan, apa yang telah mereka lakukan kepada negara ini sehinggakan tidak layak bagi parti lain untuk memerintah? Atau mereka mempertahankan segala rasuah yang telah dibenarkan berlaku? Jika kerajaan kita kuat, sepatutnya mereka bertarung dengan adil. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, KOTOR-KOTOR-KOTOR !

Saya difahamkan sewaktu penamaan calon, terdapat 3ribu pengundi berbangsa india melafaz ikrar untuk memberikan undi kepada DSAI. Tetapi pada hari ini, keadaan sudah menjadi begitu berbeza sekali di mana terdapat segelintir dari mereka yang telah gugur. Pihak tertentu mengambil kesempatan di atas kesempitan hidup para pengundi dengan menawarkan insentif-insentif bagi meringankan beban mereka, dengan bersyarat. Lakukan hanya sekali, pangkah hanya sekali, kesesakkan lega buat seketika sebagai balasan.

Bukan hanya kaum india, tetapi terdapat juga bangsa lain yang istiqamahnya lemah kerana kesengsaraan yang dialami. Dengan 'motto' sempena Aidilfitri menjelang tiba dan dengan cogankata sempena Deepavali kembali, mereka menghulur 'bantuan' yang bersyarat. Syaratnya mudah sahaja iaitu pangkah dalam keadaan tutup mata.

Membeli sepuluh ribu majoriti bukan perkara mudah, namun helah demi helah yang digunakan maka kita akan melihat sedikit sebanyak majoriti itu akan terjejas. Bangun pula si hantu raya bagi memberi impak terhadap majoriti sedia ada. Hantu raya, di pilihanraya, sewaktu Hari Raya kian menjelma. Sepatutnya pilihanraya kecil ini dijalankan pada bulan puasa supaya hantu raya tidak dapat berkeliaran kerana dikurung dan digari.

Kepada si penerima insentif serta-merta, kepada si hantu raya a.k.a pengundi import, kepada mereka-mereka yang bakal membuang undi. Ingin saya tegaskan di sini bahawa, sila ambil segala apa yang diberi oleh pihak-pihak kaya ini. Duit-duit yang digunakan itu bukanlah duit poket mereka malah poket mereka juga penuh kerana berbakti di P.Pauh. AMBIL sahaja apa yang diberi, itu hak anda juga, wang rakyat. AMBIL apa yang diberi sahaja, TOLAK apa yang dijanji. Tetapi apabila tiba hari mengundi, pandai-pandailah nak undi yang mana. Biar anda menang dua kali iaitu menang duit, dan yang kedua menang undi dengan mengundi DSAI. Undi adalah rahsia dan anda tidak akan sekali-kali dipersalahkan ! Sila ubah diri anda sebijak kancil.

Berkenaan pengundi hantu yang HANTU saya mengambil satu contoh, Ramlang Porigi si imam mesjid wilayah. Apabila diperiksa dalam laman umno, kita dapati beliau adalah ahli UMNO. Apabila diselidik di laman SPR, tempat si imam ini membuang undi ternyata di Permatang Pauh. Apabila dikaji asal usulnya, diketahui bahawa imam ini adalah rakyat negeri Sabah dibawah bayu. Akhir sekali, apabila ditanya siapakah Ramlang Porigi di dalam institusi Masjid Wilayah, beliau bukanlah imam tetapi hanya Pegawai Pendaftar nikah kawin cerai. Difahamkan Khamis lalu beliau dinaikkan pangkat menjadi Imam juga di atas 'jasa'nya seminggu yang lalu menjadi saksi sumpah liwat si saiful.

Ini adalah salah satu penipuan yang terang-terangan. Bagaimana pula dengan penipuan yang bergelap-gelapan? Sebarang bentuk penipuan cenderung ke arah konspirasi ! Kita ada akal, kita fikir sendiri kerana kita bukan hipokrit.

Seperkara lagi, saya begitu kesuntukan masa untuk membloging pada sepanjang minggu lepas termasuklah sehingga minggu depan. Hanya sempat copy & paste berita2 menarik untuk santapan pengunjung. ya ampunn.. Semoga kita beroleh kejayaan bersama keredhoan Allah

http://profiles.friendster.com/wanzameer

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum